Saturday, September 6, 2014

Kau

Aku sedari siapa diri
Aku bukan merak tak berperi
Kau yang aku anggap bidadari
Akan kekal sebagai bidadari di hati
Aku bermasalah kau santuni
Masalah yang berulang kali
Aku akui segala yang terjadi
Bukan mudah utk kau hadapi
Aku akui...
segala baik dah tak bererti lagi...

Aku sayang kau sampai bila bila, sayang aku ini bukan mainan yang kau pun tak akan faham bagaimana. Segala harapan kau musnah, apatah lagi harapan aku. Cuma aku teringin berkongsi hidup dengan kau. Teringin nak jaga kau bila kau sakit. Teringin nak ada bila kau perlukan bahu untuk bersandar. Teringin nak jadi penyebab kepada seyuman kau. Tapi tak mahu jadi penyebab duka kepada kesedihan kau. Tapi aku sedar, kau kata semuanya sudah terlambat. Aku berharap senyuman kau dan aku kembali seperti dahulua. Aku sayang kau kerana Allah. InsyaAllah. 

Sunday, August 17, 2014

Drama





Pengakhiran yang bagaimana kita mahukan dalam drama cinta yang kita reka? Kita hanya boleh olah mengikut skrip tetapi kita lupa drama ini melibatkan banyak pihak, banyak hati yang perlu kita jaga. Dan yang pasti ada Dia yang maha Besar menetapkan segala. Setiap keputusan dan plot yang kita buat pasti akan palitkan sekali pihak yang lain bukan hanya pada Drama Queen dan Drama King sahaja. Jika hati sang hero dan sang heroin sahaja yang perlu kita jaga, insyaAllah kerja itu mudah sesuai dengan perederan waktu. Apabila si keluarga apa pula kesannya? Sekali lagi diuji setelah mengenali si keluarga dan mungkin kali ini lebih istimewa memandangkan keluarga kedua dua sudah mengenali. Keluarga Tok Mat kesemuanya sudah maklum yang Drama King ingin menikahi Drama Queen cuma waktu sahaja yang belum detetapkan.






 Sikap Drama King bukanlah seperti imam muda mahupun seperti pelajar USIM dan pelajar timur tengah. Malah Drama King hanyalah seorang pelajar yang menuntut di negara yang maksiatnya melimpah. Alhamdulillah Drama King tidak hanyut dengan dunia ciptaan si Kufar. Tetapi dengan negara Kufar inilah Drama King ingin menghabiskan sisa visa yang ada dengan bekerja untuk menumpul duit. Duit bukan untuk berfoya foya, tetapi untuk mengikat Drama Queen dengan hubungan yang sah insyaAllah. Sikap Drama King terhadap Drama Queen patut dikesalkan walaupun seakan sudah terlambat, sememangnya tiada sang sempurna tetapi kesilapan yang dilakukan sudah melebihi batas Drama Queen.








 Barang yang lepas jangan dikenang? Benda da jadi tak bole nak buat apa? kadang kadang barang yang lepas kita kena kenang, buatnya kita melepas duit yang boleh selamatkan nyawa kita. bagaimana? sama juga seperti, sudah tiada jodoh nak buat macam mana? Perumpaan ini juga kena tukar, kita InsyaAllah ada jodoh jom usaha lagi sama sama. Melainkan dua dua sudah tawar hati tidak berulamkan manisan. Kini segala apa perkongsian sudah tidak ada ertinya lagi. Terpulang pada Drama Queen untuk mentukan hala tuju... Kepada Drama King, usahalah untuk mendapatkan hatinya semula. Bukan itu sahaja, berbanggalah dengan dia kerana kau sudah mendapatkannya. Dia tidak minta kau umumkan hubungan kau kepada satu dunia, tetapi cukuplah bila datangnya perempuan yang lain dan kau dengan bangganya aku milik dia.... Semoga mereka berbahagia seperti dahulu. Hanya kepada sang Pencipta kita berserah.





Saturday, November 23, 2013

South Korea such a coward (HISTORY CHANNEL)

| KELAYAKAN PIALA DUNIA 1986 : BETAPA TAKUTNYA KOREA SELATAN KEPADA MALAYSIA | Petikan ini adalah hasil nukilan dari Saudara Abd Rahim Khamis. Bekas... penyelaras Akademi Bola Sepak Proton FC pada tarikh 23 JUN 2005. 

Saya menulis rencana ini selepas kali pertama menjawat jawatan sebagai penyelaras akademi bola sepak Proton fc pada 2005. Selepas skuad 1980 yang melayakan diri ke temasya olimpik Moscow, saya berangapan skuad ini akan menamatkan penantian seluruh warga Malaysia untuk layak ke Piala dunia 1982 yang berlangsung di Sepanyol. Namun jangkaan saya meleset kerana jelas sekali, ketika pusingan kelayakan mereka cukup megecewakan. Tetapi, selepas itu, muncul skuad olimpik 1984 yang diketuai oleh Ahmad Yusof. Pasukan ini berjaya melangkah hingga ke pusingan ke 3 olimpik sebelum disingkirkan Kuwait. Dan skuad ini dikekalkan menjelang kelayakan Piala Dunia 1986 yang berlangsung secara round robin. Segalanya nampak berjalan lancar ketika Malaysia menundukan Korea selatan 1-0 dalam aksi pembukaan hasil jaringan Dollah Salleh di Stadium Merdeka. Namun ada sesuatu yang tidak kena apabila skuad ini seri 0-0 bertemu pasukan kerdil, Nepal. Namun, ketika perlawanan ke 2 yang berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia membelasah lawan yang sama dengan jaringan 5-0, hatrik dari Zainal Abidin Hassan. Dan ibarat perlawanan penentuan ke Olimpik 1980, Malaysia sekali lagi dipertemukan jodoh dengan musuh tradisi, Korea Selatan. 


Skuad kita terbang ke Seoul dengan pelbagai provokasi yang ditimbulkan oleh pihak media Korea pada ketika itu. Begitulah tahapnya kegentaran Korea kepada Malaysia. Kecederaan pemain tengah serba boleh, Lim Teong Kim dan penjaga gol utama, Rashid Hasaan memberi peluang kepada pemain skuad belia, A. Anbalagan dan penjaga gol muda berpotensi Kedah, Azmi Mahmud tersenarai skuad ke Soeul. Namun Azmi Mahmud hanya menjadi pilihan ke 2 di belakang Ong Yu Tiang. Setibanya di Soeul, pasukan kebangsaan kita disambut seperti pengganas dengan tohmahan serta cacian di airport. Namun, mental pemain sedikit pun tidak terjejas. Bagaimanapun hak kita untuk berlatih dan menyesuaikan diri dengan keadaan stadium juga dinafikan. Kita hanya berlatih di padang awam di pinggir bandar Soeul. Korea berjaya dalam merosakan mental pasukan kita dengan langkah pertama. Langkah ke 2 ialah dengan melantik pengadil dari Jepun untuk mengadili perlawanan, dan diluluskan oleh FIFA tanpa bertanya mengapa perlu pengadil negara jiran?? Memang Korea bimbang akan ditumbangkan Malaysia di kandang sendiri, kegentaran mereka sudah sampai ke kemuncak dengan mendakwa pemain jersi 12 Malaysia (Azizol Abu Haniffah) seperti membawa kain hitam yang diletakan di dalam seluar. Dasyat bukan? Fitnah Korea bukan kepalang. Dan jelas, 10 minnit pertama Malaysia menguasai perlawanan sebelum Ong Yu Tiang menghadiahkan penalti kepada Korea apabila menjatuhkan Park Chang-Sun dan Park sendiri mengambil sepakan tersebut dan meletakan Korea dihadapan. Keadaan di tanah air ketika itu mula mempertikaikan pemilihan Yu Tiang ketika itu dan kemungkinan gopoh merupakan tindakan beliau menjatuhkan Park. Namun mereka terlupa kerana pilihan ke 2 ketika itu, Ahmad Sobri Ismail diharamkan beraksi kerana provokasi terhadap Presiden FAM (Sultan Ahmad Shah). Tiada pilihan selain meletakan Azmi sebagai pilihan pertama dan penjaga gol vateran, A. Arumugam sebagai pilihan ke 2. Dan Ketika Malaysia masih mencari semula rentak selepas ketinggalan, sekali lagi Ong Yu Tiang ibarat membuang tiket ke Mexico 1986 apabila gagal menampan kemas rembatan pemain Korea yang mudah bergolek masuk. Masih teringat kata pengulas ketika itu, Dato Rahim Razali yang mengatakan "bye-bye Mexico" merujuk kepada peluang Malaysia ke piala dunia sudah tertutup. 


Hilangnya rentak Mokhtar Dahari memberi peluang Dollah Salleh mengantikan beliau selepas rehat. Itu merupakan perlawanan antarabangsa terakhir arwah bersama skuad kebangsaan. Separuh masa ke 2, barulah Malaysia bertukar wajah namun harapan untuk melihat Malaysia bangkit hampir menjadi kenyataan sebelum jaringan Dollah dibatalkan kerana mengasari pertahanan lawan. Bukan sedikit kekecewaan Malaysia, lambungan menarik Azizul yg jelas melepasi garisan gol juga tidak dikira, jelas sekali memang berbaloi Korea melantik pengadil dari Jepun mengadili perlawanan. Dan hasilnya,Korea berjaya ke penentuan kelayakan akhir dan menewaskan Korea Utara untuk menempah tiket ke Mexico 1986. Di kem Kebangsaan, kekecewaan jelas terpancar disebalik hadiah paling pahit sempena persaraan Mokhtar Dahari dari skuad kebangsaan dicemuh ketika pulang ke tanah air. skuad yang dilihat terbaik pernah dilahirkan akhirnya terkulai. Namun,bagi saya pengadil yang bertangungjawab di atas kekalahan ini. Juga perlu dingatkan bagaimana mental pemain kita diganggu dan di provokasi dengan teruk ketika tiba di Soeul. Inilah pengalaman skuad beharga. Jika lawan terlalu takut,pelbagai cara akan digunakan. ABD RAHIM BIN HJ KHAMIS 23 JUN 2005 

Wednesday, November 20, 2013

Alternatif untuk rawat saluran jantung tersumbat

Rawatan alternatif: Membuka salur darah jantung tersumbatSaya ingin berkongsi satu lagi cara rawatan alternatif untuk membuka atau meluaskan salur darah yang tersumbat di jantung. Oleh itu, sesiapa yang mempunyai masalah jantung tersumbat dan perlu menjalani angiografi atau bypass, bolehlah mencuba rawatan alternatif ini, semoga anda tidak perlu melalui pembedahan bypass tersebut. 



Bahan diperlukan:
1 cawan jus lemon
1 cawan jus halia
1 cawan jus bawang putih
1 cawan cuka epal 


Cara menyediakan:
Campurkan semua bahan di atas dan masak dengan api yang perlahan selama 1 jam (60 minit) atau sehingga bahan campuran ini tinggal 3 cawan. Sejukkan, kemudian campurkan dengan 3 cawan madu semulajadi, dan simpan dalam balang yang bersih.
Minum campuran ubat ini satu (1) sudu makan setiap hari. Amalkan sehingga 30 hari dan rasai perbezaannya. Insha Allah rawatan ini akan berhasil.


Sunday, November 17, 2013

Kahwin

Kahwin? pelbagai definisi yang bermain di minda setiap kaum Adam dan Hawa. Ada yang suka, senyum simpul dan tidak kurang juga yang terbeban. Kahwin atau nikah dari segi bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam. 

Permulaan kita semuanya sama iaitu daripada Adam dan Hawa ( Adam and Eve ) tidak kira warna kulit, kita semua berasal dari keturunan yang sama. Hebatnya cinta. Hebatnya kasih sayang. Hebatnya perkahwinan. Lalu melahirkan komposisi yang mendiami dunia yang matlamat hidupnya adalah menjadi KHALIFAH (surah Al-Baqarah) dan Beribadah (surah Azzariyat) kepada ALLAH. 

Sudah lumrah manusia yang ingin memiliki dan dimiliki, perkahwinan adalah matlamat setiap pasangan, kita hanya mampu merancang Allah jualah yang menentukan. Apa yang buat saya tergerak mahu menulis mengenai KAHWIN ini apabila sahabat sahabat ramai yang ingin membina BAITUL MUSLIM dalam masa terdekat ini tidak juga yang sudah merasai nikmat perkahwinan dan berbahagia. 

"Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair."

Maksud : Mudah-mudahan ALLAH memberkatkan bagi kamu berdua, dan Tuhan berkatkan atas kamu daripada langit,
dan moga-moga ALLAH himpunkan kamu sebagai suami isteri dalam kebajikan"
Disetiap filem Allayarham P.Ramlee, terselit pelbagai nilai yang patut dijadikan iktibar. Perkahwinan juga tidak terlepas, bagaimana masyarakat kita khususnya kaum Melayu yang menjadikan perkahwinan itu sesuatu yang berat dan susah. Antara dialog yang popular:

"Ini semua salah mak bapak kau, kalau mereka tak minta hantaran tinggi aku tak berhutang dengan ceti"


Dengan nilai hantarannya, itu belum lagi dikira kos jamuan, fotografi mahupun pelamin. Paling minima nilainya adalah RM30,000. Hantaran pula dikira melalui kelulusan si bunga, meningkat naik hantaran jika kelulusan akademik si bunga berada dalam range "Ijazah" hingga "Phd". 

Bukan untuk menidakkan adat mahupun kehendak orang tua, tetapi alam selepas WALIMATUL URUS itu yang perlu kita persiapkan. Biaya rumah, kereta dan jika rezeki cepat, biaya untuk anak yang bakal dilahirkan. Tambah tambah lagi sekarang barangan keperluan semakin mahal akibat kesilapan pengundi pada PRU lepas. Rasakanlah kalian! yang tidak mengundi pihak sana juga terkena tempiasnya.

Tiga perkara yang perlu disegerakan iaitu :
Sabda Rasulullah SAW, "Wahai Ali, ada tiga perkara janganlah di lewat-lewatkan, yang pertama : Solat apabila telah masuk waktunya, yang kedua : Jenazah apabila telah hadir dan yang ketiga : Anak dara apabila telah ada orang sekufu dengannya” iaitu sudah sampai waktu jodohnya.
Diantara kita pasti pernah mendengar " Syaitan akan menangis bila mana umat Nabi Muhammad kahwin awal". Kahwinlah jika sudah mampu. Mampu itu bukan hanya diukur melalui kewangan sahaja, malah mampu untuk membahagiakan pasangan. Jangan sempitkan definisi 'nafkah batin'. Buat pasangan bahagia juga salah satu daripadanya. 

Antara buku yang menjadi inspirasi ;)


Malam ini juga salah seorang idola saya dalam politik mahupun berpidato iaitu Cik Murnie Hidayah Anuar bakal kehilangan title CIK kerana bakal menjadi zaujah kepada of course lah suami dia. Selamat pengantin baru diucapkan. Semoga berbahagia hingga ke syurga :) 

Tidak lupa juga kepada sahabat saya di Aviation Australia  Fadhil Arshad yang bakal melangsungkan perkahwinan pada penggal cuti musim panas nanti. Ini hadiah aku buat kau Padil. Semoga menjadi suami yang soleh. 


 

Tuesday, May 21, 2013

Apple Cider Vinegar


“A household which has vinegar will never suffer from poverty”.
(Narrated by Umm, Tirmidhi, Baihaqi)

"Vinegar is a comfort for man” Narrated by Muslim.

“Allah has put blessing in vinegar, for truly it was used by the Prophets before me.” Narrated by Ayesha, Muslim and Ibn Maja.

You’ve probably heard of Raw Organic Apple Cider Vinegar. But, do you know what all the talk is really about?

This murky brown vinegar, the one with the sediment in the bottom of the bottle, is the vinegar that has been used for hundreds of years largely for medicinal purposes.

Apple Cider Vinegar (ACV) is made from nutritious organically grown apples and retains many of the fruits’ beneficial components because raw apple cider vinegar is not pasteurized. And in its two fermentation processes, itproduces enzymes and life giving nutrients that make apple cider vinegar the powerhouse it is.

What Is The Difference Between Clear Vinegar & Raw Apple Cider Vinegar?

Clear vinegar has none of the benefits of raw organic apple cider vinegar. Through its processing and distilling, it’s been stripped of everything beneficial and can be detrimental to your health due to the fact that it is dead instead of alive.
Only raw organic apple cider vinegar has the “mother of vinegar” that makes the vinegar so beneficial.

The “mother” is made up living nutrients and bacteria. You can actually see it settled in the bottom of the bottle like sediment.

What Can Raw Apple Cider Vinegar Do for Me?
Beneficial ingredients in raw apple cider vinegar give it its power to make us feel better, look better and feel energized. Just look at some of the beneficial ingredients in raw apple cider vinegar:

  • Potassium – helps to prevent brittle teeth, hair loss and runny noses.
  • Pectin – helps to regulate blood pressure and reduce bad cholesterol.
  • Malic Acid – gives ACV the properties of being anti-viral, anti-bacterial & anti-fungal.
  • Calcium – helps create strong bones and teeth.
  • Ash – gives ACV its alkaline property which aids your body in maintaining proper pH levels for a healthy alkaline state.
  • Acetic Acid – It appears that this acid slows the digestion of starch which can help to lower the rise in glucose that commonly occurs after meals.

A Few Benefits of Raw Apple Cider Vinegar
  • 1 tablespoon of Raw Apple Cider Vinegar mixed in 1L of purified water after a meal has been used as a naturalremedy for heartburn and as a replacement for toxic heartburn medications.
  • Raw Apple Cider Vinegar may help improve bowel irregularity, thereby removing toxins from the body at a faster rate.
  • Helps clear up skin conditions and blemishes giving a smoother texture and complexion.
  • Raw Apple Cider vinegar may also help with joint pain and stiffness.
  • Apple Cider Vinegar helps to break down fats so that your body can use them rather than store them. For this reason, many diets include ACV in their regimen.
  • On a small scale, ACV was studied by researchers at Arizona State University. The preliminary study was published in the Diabetes Care journal. It reported that ACV helps reduce levels of glucose.
How Do I Take Raw Apple Cider Vinegar?

Mixed with another powerhouse of beneficial goodness, organic honey, apple cider vinegar can be a tasty treat with very healthy benefits. This is a great drink for fast energy. Remember, the mother of vinegar will settle at the bottom of the bottle between uses. Be sure to shake the bottle well before pouring to include these healthful ingredients. In a large pitcher, add together:
  • 2 tablespoons of Raw Organic Apple Cider Vinegar
  • 1.5L -2L of purified water
  • Raw Organic Honey to suit your taste
Raw honey  is a great addition because of their health giving properties. They can help improve your energy, strengthen your immune system, and much more. And they taste great.

You can also find apple cider vinegar in tablet or capsule form. However, I do not recommend these sources because they are a dried source and not living as the liquid is.

Raw Apple Cider Vinegar is very strong so I always recommend diluting it with water. A good ratio is 1 tablespoon per 1L of water for general use.

Tuesday, May 14, 2013

Tragedi Kg Memali, Baling, Kedah

Tragedi Berdarah Memali 1985 , Peristiwa yang DISEMBUNYIKAN oleh Kerajaan Malaysia

Kronologi Tragedi Berdarah Memali 1985

Kini lebih 27 tahun berlalunya peristiwa berdarah Memali yang merupakan detik hitam dalam lipatan sejarah negara kita. Bukan di Palestin yaa... Di Memali, Kedah. Di negara kita Malaysia yang aman
damai katanya.Walaupun kisah ini mungkin agak sensitif bagi sesetengah pihak, tidak salah rasanya aku berkongsi buat para pembaca sekalian yang mungkin masih bercawat ketika itu ataupun masih belum lahir lagi tatkala tragedi ini berlaku. Supaya kita dan generasi mendatang akan terus sedar perihal kekejaman dan kezaliman yang berlaku dan tidak lupa memperingati pemergian 14 orang syuhada Memali yang gugur.

Berikut adalah kronologi peristiwa tersebut:-

18 November 1985

Jam 1935:
Bertempat di Kem Pasukan Polis Hutan ( PPH ) Sungai Petani, Kedah; seramai 3600 kekuatan pasukan polis dari pelbagai bahagian termasuk Unit Simpanan Persekutuan ( FRU ) Pulau Pinang, dari Senoi Prak dan Komando 69 telah bersiap sedia menurut arahan. Kebanyakan mereka bukan beragama Islam.

Seorang Pegawai Tinggi dari Bukit Aman, Dato’ Yahya Yeop telah mengetuai Ops Hapus ini dengan bantuan beberapa orang pegawai dari Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Jam 1945:
Dato’ Razali Yeop mengeluarkan arahan iaitu:- Menyerang hendap satu kem komunis dalam daerah Baling yang terletak berhampiran sempadan Thailand.

Jam 2005:
Berlaku kekecohan di antara para pegawai di Kem Sungai Petani dengan pegawai dari Bukit Aman di bilik operasi Sg. Petani. Kekecohan ini disebabkan perasaan tidak puas hati para pegawai di Kem Sg. Petani terhadap arahan tersebut kerana sepanjang pengetahuan mereka tidak wujud sebarang kem komunis di daerah Baling. Jika benar kem itu wujud, sudah tentu mereka, PPH akan lebih dahulu mengetahuinya.

Namun menurut mereka, arahan itu adalah palsu kerana tempat sasaran mereka itu adalah kepada Ustaz Ibrahim Libya dan madrasahnya, tempat beliau menyampaikan kuliyyah setiap malam. Malah Pegawai PPH Kem Sg. Petani itu turut menjelaskan bahawa Ustaz Ibrahim Mahmud adalah seorang tokoh ulamak yang disegani. Ramai di kalangan anggota PPH Sg. Petani turut mengikuti pengajian agama bersama beliau.

Akibatnya, sedikit kekecohan telah berlaku di Bukit Aman kerana beberapa kali Penolong Pesuruhjaya Polis Bukit Aman gagal dihubungi. Beberapa panggilan lain dibuat. Akhirnya, pihak di Sg. Petani telah berjaya disambungkan dengan Timbalan Perdana Menteri ( TPM ) ketika itu, Dato’ Musa Hitam yang juga merupakan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Mereka menyatakan bahawa Ustaz Ibrahim Mahmud adalah ulamak yang disegani dan telah banyak berjasa dalam menaikkan taraf hidup masyarakat

Namun TPM menegaskan supaya Ops Hapus (beliau sendiri yang menamakannya sedemikian) tetap diteruskan.

Jam 2045:
Satu majlis keraian telah diadakan di dataran terbuka Kem PPH. Minuman keras telah sengaja dihidangkan kepada para anggota keselamatan yang terlibat dalam operasi. Namun ada sebahagian daripada anggota PPH tidak menyentuh minuman tersebut.

Jam 2147:
Dato’ Razali Yeop selaku Pegawai Pemerintah Ops Hapus telah menerima mesej daripada wayarless menyatakan 10 perisik PPH telah berjaya memasuki kawasan Memali dan seterusnya memberikan laporan keadaan di sana. Semua unit kemudiannya telah bergerak di bawah pimpinan 8 pegawai muda memasuki Baling dengan iringan 2 buah kereta perisai. Ketika ini PPH Sg. Petani telah mula tidak berminat untuk menyertai Ops Hapus ini.

Ketika itu Ustaz Ibrahim sedang menyampaikan kuliyyah seperti biasa untuk lebih kurang 50 orang yang mengikuti pengajiannya. Kuliyyah itu berlanjutan sehingga pukul 11.45 malam. Ada yang pulang ke rumah dan ada juga yang bermalam di madrasah.

Jam 0000:
Arahan terakhir telah diterima. Namun PPH Sg. Petani mencadangkan agar hanya sekatan sahaja yang dilakukan agar Ustaz Ibrahim Mahmud dan pengikutnya berpeluang menyerah diri. Mereka menganggarkan bahawa kepungan itu akan mengambil masa paling lama 3 bulan.

Cadangan tersebut dibantah oleh para pegawai dari Bukit Aman dengan sokongan OCPD Baling. Mereka menganggap strategi itu akan melibatkan pihak polis dan anggota tentera yang bertugas di Sik dan Baling, sempadan Malaysia – Thailand.

Sekali lagi kekecohan berlaku kerana 90% anggota tentera di situ menyokong gerakan Islam dan arahan Ops Hapus ini kembali dipertikaikan. TPM cuba dihubungi ketika ini namun gagal kerana beliau telah menuju ke sebuah hotel di Kuala Lumpur. Ketika itu juga, Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Dato’ Radzi Ahmad sedang mengikuti perkembangan Ops Hapus dari Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang.

Kemudian, TPM telah menghubungi mereka dengan suara yang marah dan agak terganggu beliau telah berkata, "Teruskan Ops Hapus, walaupun terpaksa menyerang seluruh negeri Kedah!".

Pada waktu yang sama, seorang pemuda telah memberhentikan motosikalnya di hadapan pagar rumah Ustaz Ibrahim. Setelah diizinkan, dia masuk ke rumah Ustaz Ibrahim dan memaklumkan bahawa sewaktu dia tiba di pekan Baling dia telah melihat sekumpulan polis yang terlalu ramai di sana.

Lalu Ustaz Ibrahim dikejutkan dan begitu juga dengan 39 muridnya yang tidur di madrasah telah diarahkan oleh Ustaz Ibrahim untuk bersiap sedia mempertahankan diri. Mereka mula mengumpulkan senjata seperti kapak, parang, buluh runcing, pisau dan yang lebih berani lagi telah membuat molotov cocktail. Ustaz ibrahim juga menegaskan ketika itu bahawa beliau tidak akan menyerah kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA ).

Ustaz Ibrahim kemudiannya mengarahkan pengikut-pengikutnya berwudhu’ di sebuah telaga yang berhampiran dan seterusnya menunaikan solat sunat, solat hajat dan membaca Yasiin. Setelah itu beliau menyampaikan ucapan yang menyatakan:

Beliau lebih rela mati syahid daripada menyerah diri dan tunduk kepada ISA yang menahan orang tanpa memberi peluang kepada mereka untuk dibicarakan di mahkamah malah menjadi alat kepada mereka yang ingin menaikkan semangat nasionalisme. Sekiranya perintah tahanannya di bawah akta lain, beliau akan keluar menyerah. Tapi mestilah dibicarakan di mahkamah.

Dia berkata lagi kepada pengikutnya, sesiapa yang rasa ragu-ragu boleh keluar dari kawasan itu namun kesemua yang ada pada malam itu langsung tidak beralih dari tempat mereka.

Laungan takbir bergema dan memecah keheningan malam itu. Ketika itu pula di IPD Baling, segala persiapan serangan ke atas Kampung Memali semakin rancak dilakukan terutamanya oleh anggota –anggota polis yang telah mabuk dan hilang fikirannya.

19 November 1985

Jam 0100-3600:
Anggota polis dari pelbagai unit telah tiba di Memali dengan senjata automatik dan diiringi 2 buah kereta perisai mula mengepung Kg. Memali.

Ketika itu, TPM masih lagi di hotel kerana dia tidak dapat dihubungi. Segala urusan komunikasi dijalankan dengan timbalannya yang berada di Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang.

Kebanyakan anggota polis beranggapan bahawa mereka akan menyerang sebuah Kem Komunis – sebagaimana yang telah diberitahu oleh Dato’ Razali Yeop kepada mereka. Manakala pasukan polis dari Sg Petani kecil bilangannya dan masih lagi samar dengan tugasan mereka.

Jam 0300:
Kampung Memali telah dikepung seluruhnya oleh pihak polis dan semua jalan keluar masuk telah ditutup. PPh Sg Petani telah diarahkan untuk mengepung bahagian Selatan manakala FRU dan Special Branch (SB) telah mengepung bahagian Utara dan Komando 69 pula telah mengepung sebelah belakang rumah Ustaz Ibrahim yang juga merupakan sekolah agamanya.

Jam 0336:
Dato’ Yahya Yeop telah bercakap melalui megafon dan meminta supaya Ustaz Ibrahim menyerah diri. Ustaz Ibrahim berbincang dengan murid-muridnya lalu mereka semua bersepakat untuk tidak akan keluar menyerah diri. Kesemuanya telah siap-sedia untuk mati syahid dan mereka bertakbir sekali lagi.

Jam 0400:
Sekumpulan orang kampung termasuk wanita telah muncul dari arah utara. Mereka telah meredah benteng pertahanan anggota polis dan membawa bersama peralatan yang sering mereka gunakan untuk bertani sebagai senjata. Mereka ingin memasuki rumah Ustaz Ibrahim Mahmud untuk memberikan sokongan.

Ketika itu, komando 69 yang masih mabuk telah melepaskan tembakan secara rambang ke arah mereka. Namun sasarannya tersalah lalu mengenai seorang pegawai kanan, seorang pegawai rendah dan seorang konstabel PPH. Manakala orang-orang kampung tadi telah berpatah balik kerana ketakutan.

Satu perundingan tergempar antara pegawai-pegawai Ops Hapus diadakan untuk meredakan ketegangan sesama mereka sendiri akibat tembakan tersebut. Arahan mengepung rumah Ustaz Ibrahim itu masih lagi berkuat kuasa namun pegawai dari IPD Alor Setar mahu menarik balik anggotanya dari Ops Hapus tersebut dan mahu supaya kepungan dibatalkan. Mereka telah mengambil iktibar dari kemalangan yang menimpa rakan-rakan mereka tadi .

Dato’ Yahya Yeop telah menolak permintaan IPD Alor Setar dan mengarahkan agar kepungan diteruskan.

Jam 0521:
Azan Subuh berkumandang dari rumah Ustaz Ibrahim . Laungan azan itu menjentik hati para anggota polis dari Alor Setar. Mereka semakin tawar hati malah mencurigai tujuan sebenar Ops Hapus ini.

Suara bacaan Ustaz Ibrahim yang mengimami Solat Subuh itu semakin sayu. Tiba-tiba seorang pegawai berbangsa India dari Bukit Aman mengarahkan agar serangan dimulakan ketika itu namun arahannya ditentang oleh pegawai-pegawai bawahannya yang beragama Islam.

Jam 0559:
Solat Subuh selesai. Sekumpulan orang kampung muncul lagi lalu menyerbu masuk ke kawasan rumah Ustaz Ibrahim sambil melaungkan takbir dan menggenggam senjata kampung.

Melihatkan reaksi itu, maka Pegawai PPH mengarahkan anggotanya berundur dan membiarkan orang kampung. Mereka PPH hanya diarahkan untuk bertahan dan bersiap sedia. Keadaan semakin cerah dan ini semakin mendedahkan kejijikan perancangnya. Ini dikukuhkan lagi dengan beberapa siri penangkapan pemimpin-pemimpin Islam sebelum Ops Hapus ini.

Jam 0815:
Setelah mendapat kelulusan Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, maka Dato’ Yahya Yeop sebagai Pegawai Pemerintah Ops Hapus telah mengarahkan 2 buah kereta perisai mula menyerang rumah Ustaz Ibrahim Mahmud. Mereka kemudiannya dihalang oleh pengikut-pengikut Ustaz Ibrahim dengan lontaran molotov cocktail.

Pasukan polis memberikan respon berundur terhadap lontaran tersebut sambil memuntahkan peluru dari senjata automatik. Pada waktu yang sama, 4 wanita dan 3 kanak-kanak telah berlari keluar dari rumah setelah diarahkan oleh Ustaz Ibrahim. Mereka kemudiannya telah dikepung dan ditangkap lalu dihumban ke dalam trak polis yang diawasi oleh anjing.

Tembakan daripada pihak polis masih lagi berterusan dan mereka sambutnya dengan laungan takbir.

Jam 1105:
Komando 69 diarahkan untuk menyerang rumah Ustaz Ibrahim Mahmud. Pasukan polis mula melepaskan berpuluh-puluh gas pemedih mata ke arah rumah Ustaz Ibrahim. Mereka menghadapinya dengan kain basah atau membasuh muka malah ada juga yang menutup dengan guni basah. Selain itu ada juga yang mengunyah daun-daun kayu setelah membaca sesuatu ayat.

Mereka berjaya menghadapi serangan gas pemedih mata itu yang berlangsung selama beberapa minit melainkan beberapa kanak-kanak. Salah seorang kanak-kanak itu telah pengsan dan mulutnya berbuih-buih. Cikgu Syafie Ali, salah seorang pengikut Ustaz Ibrahim marah melihatkan situasi kanak-kanak itu kerana menyangka dia telah mati lalu dengan parang yang terhunus beliau telah pergi untuk menyerang polis.

Namun, beliau telah dihujani dengan peluru dan terus ditembak ketika beliau berusaha untuk bangun akibat jatuh setelah ditembak. Maka gugurlah beliau sebagai Syuhada’ pertama Memali.

Serangan gas telah reda. Kemudian kedengaran lagi suara dari Dato’ Yahya Yeop dari megafon dan kali ini meminta supaya pihak yang dikepung menghantar wakil untuk berbincang. Ketika itu, salah seorang anak murid Ustaz Ibrahim; Mat Piah Yunus yang lebih dikenali sebagai Pak Teh telah berjumpa dengan Ustaz Ibrahim dan meminta penjelasan berhubung permintaan Dato’ Yahya Yeop.

Ustaz Ibrahim menyatakan bahawa pintu rundingan pada hari itu telah tertutup dan beliau tidak akan berunding apa-apa pun dan tidak akan menyerahkan diri. Memandangkan kepada ketegasan Ustaz Ibrahim serta murid-murid yang lain maka Pak Teh telah membuat keputusan sendiri sambil bertawakkal kepada Allah. Pak Teh tampil berjumpa Dato’ Yahya Yeop yang berdiri di samping kereta perisai manakala dia sendiri berdiri di sebalik pagar rumah Ustaz Ibrahim.

Pak Teh mempersoalkan tanpa rasa gerun kenapa perlukan perbincangan sedangkan orang kampung sudah ada yang syahid ditembak pihak polis. Dato’ Yahya Yeop terdiam seketika namun kemudiannya menjawab bahawa mereka ingin menangkap 4 orang penjenayah yang berada di situ. Lantas Pak Teh mempelawa beliau untuk masuk sendiri ke rumah Ustaz Ibrahim dan melihat apakah 4 penjenayah itu berada di situ.

Dato’ Yahya Yeop kelihatan tidak berminat dan sedang memikirkan sesuatu setelah mengetahui Ustaz Ibrahim tidak mahu menyerah diri. Setelah berulang-alik antara Ustaz Ibrahim dan Dato’ Yahya akhirnya Pak Teh masuk semula. Namun semasa melewati kumpulan Muslimat dan kanak-kanak yang berada di pagar, beliau sempat mengarahkan mereka untuk berlindung di belakang rumah .

Ketika itu, beliau ternampak ada anggota polis yang ingin menembak Pak Suman dan tanpa berlengah beliau segera menyerbu ke arah polis tersebut dengan parang yang terhunus.

Parangnya sempat singgah kepada salah seorang daripada polis itu, namun kemudian beliau dihujani dengan tembakan yang bertalu-talu dan disambut dengan laungan takbir.

Pak Teh terlantar setelah ditembak sebanyak 14 das tembakan dari M-16. Setelah Ops Hapus, beliau terlantar di Hospital Sg. Petani dengan keadaan bergari. Kemudiannya, beliau dihantar ke Kem Kemunting sebagai tahanan ISA.

Jam 1136:
Komando 69 menyerbu masuk sambil memuntahkan peluru. Berlaku beberapa pergelutan dengan Ustaz Ibrahim dan beberapa orang yang masih lagi bertenaga. Ada juga ahli rumah yang keluar untuk berlawan dengan Komando 69 di halaman rumah. Polis terus menembak mereka walaupun mereka tidak bersenjata.

Ketika serangan yang menggila daripada pihak polis itu dalam tempoh ½ jam, hujan mulai turun renyai-renyai dan terus lebat sebaik sahaja serangan tersebut tamat. Hanya laungan takbir yang terus mereka laungkan sehingga nyawa mereka telah tiada. Ramai yang mati dan ada juga yang cedera teruk.

Beberapa anggota komando telah menyerang Ustaz Ibrahim dan beliau melawan sehingga menyebabkan salah seorang dari mereka terbunuh. Akhirnya beliau syahid apabila badannya ditembusi muntahan peluru dari senjata automatik.

Ustaz Ibrahim gugur dengan tangan yang tergenggam ke atas dan mulutnya masih lagi melaungkan AllahuAkbar!

Seorang pegawai polis telah meluru ke arah Ustaz Ibrahim yang rebah dan memangkunya. Ketika itu juga isteri Ustaz Ibrahim datang. Di saat itu mereka mendengar Ustaz Ibrahim berkata: Alhamdulillah! Kerana telah mengorbankan kami ke jalan mati syahid.

Jam 1213:
Serangan telah ditamatkan. Semua yang ditangkap telah ditutup kepala mereka dengan karung guni. Beberapa anggota komando kelihatan menendang tubuh-tubuh yang terkujur untuk memastikan sama ada mereka telah mati atau tidak. Ada pula yang masih menembak mereka yang terkujur itu sambil mencemuh: Pergi jahanam dengan Islam!

Jam 1305:
Pegawai Pemerintah Ops Hapus telah membuat laporan rasmi kepada Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang dan kepada TPM di Kuala Lumpur. TPM mengarahkan agar semua penduduk Kg. Memali ditangkap agar rahsia Ops Hapus tidak terdedah.

Jam 1500:
Penangkapan penduduk kampung diteruskan dan dibawa dengan 2 buah helikopter polis. Mangsa yang terkorban di kalangan orang kampung termasuk Ustaz Ibrahim dan anggota polis di bawa ke Hospital Sg. Petani dan Alor Setar.

Jam 1510:
Sekitar 30 anggota tentera lengkap bersenjata dari Regimen Askar Melayu Di-Raja ( RAMD ) tiba di hadapan rumah Ustaz Ibrahim Mahmud.

Berlaku pertelagahan antara anggota polis dengan ketua pasukan tentera itu yang berpangkat Kapten. Mereka menyuruh agar anggota polis yang ramai itu bersiap-sedia untuk menghadapi kemungkinan bertempur dengan pihak tentera.

Menyedari bilangan mereka sedikit maka pihak tentera telah mengambil keputusan untuk meredakan ketegangan itu. Lantas Kapten itu berkata :

"Hari ini hari kamu! Kamu boleh lakukan apa yang kamu mahu. Tapi ingat, akan tiba satu hari nanti kami akan menentang kamu dengan kekuatan yang setara!".

*****************************

Tidak lama selepas Tragedi Memali ini, soal-siasat secara besar-besaran telah dijalankan ke atas semua anggota tentera dan polis. Kebanyakan yang dipanggil adalah mereka yang cenderung kepada gerakan Islam iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Mereka juga mendapat tahu akan kewujudan pembekuan kenaikan pangkat terhadap mereka. Lalu ramai yang meletakkan jawatan.

Untuk pengetahuan anda, Kes Memali tidak pernah dibicarakan walau seminit pun di mahkamah. Akan tetapi, terus menerus tertangguh begitu sahaja.

Kini, Memali terus segar dalam simpanan memori para pejuang Islam. Mereka yang cintakan keadilan pasti tersentap dengan perkhabaran tragis ini. Sudah pasti, cerita ini akan menjadi paluan semangat buat seluruh ahli gerakan, betapa ALLAH akan memuliakan dan meninggikan darjat mereka yang berjuang bermati-matian membela dan membantu agama-Nya.

ALLAH menjadi saksi segalanya. Bahkan, Dialah yang mengatur segala hal ini.

Wallahu'alam....