inikah yang dinamakan cinta
1]
Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa
dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu
satu-satunya.
2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa
atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan
kamu tetap menjadi impiannya.
3] Orang yang mencintai kamu
selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang
tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang
kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
5]
Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ’selamat
pagi’,’selamat hari minggu’, ’selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain
lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS
itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeda,
bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke
majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk
mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
7] Orang yang mencintai
kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu,
bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana
saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya
pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang
kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah
mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa
banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya
kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu
kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin
tahu apa kgemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar
meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.
10] Kalau
kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau
batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk
bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli
tentang kamu.
11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian,
dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba
dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya
yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya
barang itu sangat istimewa.
13] Orang yang mencintai kamu akan
terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga
kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana
kamu telah menggegarkan dunianya.
14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa
memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh
membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar
takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, jauh dihati?’
16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL
seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu
di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang
memikirkan kamu.
18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang
merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala.
Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia
akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
19] Jika kamu
memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar
walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu
gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari
menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi
sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu
walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia
juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian
kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
21] Dan jika kamu
cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia
akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu
membunuh hatinya.
22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan
ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya
dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya
sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia
tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,
dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa
itu cinta.
[ Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas
kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… kamu
akan menyesal melakukannya! ]
No comments:
Post a Comment