Tuesday, February 22, 2011

BLOG SENJATA PR (media arus perdana tak boleh pakai)

Saya ingin bacakan sedikit tentang pembohongan, kebiadaban dan kurang ajarnya UMNO ini terhadap Sultan-sultan Melayu. Saya mahu sebut supaya dapat direkodkan dalam Dewan ini, bagaimana UMNO lidahnya bukan sahaja bercabang dua tetapi bercadang tiga empat mengikut keperluan politik-politik mereka. Saya hendak sebutkan satu persatu, ADUN Umno dengar baik baik..;

Nombor satu Pengasas UMNO Dato' Onn Jaafar dibuang dari lstana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana mengkritik Sultan Johor secara terbuka atas isu harta.

Yang kedua, tahun 1974, Tan Sri Ghazali Jawi, bapak kepada Dato' Tajol Rosli yang tidak mahu meletak jawatan sebagai Dato' Menteri Besar Perak walaupun perjanjian asal dia hanya mahu pegang jawatan itu selama 2 tahun sahaja. Apabila sampai masanya ia tidak mahu melepaskan jawatan tersebut. Sultan ldris Allahyarham, Almarhum Sultan ldris murka dan bernazar tidak mahu cukur jambangnya selagi Ghazali Jawi tidak meletak jawatan. Bukankah ini derhaka namanya.

Tetapi kenapa tiba-tiba Dato' Tajol Rosli kata UMNO tidak pernah ucap perkataan seperti Yang Berhormat Nizar Jamaluddin sebut di Negeri Perak dan ini ungkapan yang termuat dalam akhbar Utusan Malaysia pada 12.2.2009. Tindakan arwah bapanya itu kepada Sultan apakah yang boleh kita takrifkan. Derhaka ke tidak?

Yang ketiga, begitu juga pada tahun 1979, kes Dato' Rahim Bakar, bekas Menteri Besar Pahang yang berselisih faham dengan Sultan Pahang. Media pro UMNO mengkritik Sultan Pahang secara terbuka.Tanpa segan silu..

Yang Keempat, pada tahun 1983, UMNO hendak meminda supaya kuasa Yang Dipertuan Agong mengenai perisytiharan darurat dikurangkan, maka UMNO membelasah Raja-raja Melayu kerana menolak cadangan tersebut. Ini dicetak seantero Negara..

Yang kelima, pada tahun 1991 dalam Persidangan Agong UMNO Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan UMNO kalah di negeri Kelantan pada PRU tahun 1990.

Yang keenam, dalam Persidangan Agong UMNO juga perwakilan UMNO meminta harta Raja-raja disiasat. Berita ini dilaporkan oleh Utusan Malaysia di muka depan, di muka surat yang pertama, apakah ini bukan derhaka namanya.

Yang ketujuh, satu demonstrasi dan menghantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin UMNO di Negeri Kelantan. Waktu itu FRU tidak pun menembak gas tetapi tindakan yang dilakukan itu apakah tidak derhaka namanya?.

Yang kelapan, pada 18 Januari 1993, Pindaan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan Raja dibawa ke Mahkamah apabila Raja-raja Melayu minta supaya pindaan itu ditangguhkan maka Utusan Malaysia dan media yang dikuasai oleh UMNO dan Barisan Nasional mengkritik secara terbuka dan mendedahkan salah laku Raja-raja Melayu. Apakah ini bukan derhaka?

Yang kesembilan, beberapa siri rapat umum haram dilakukan oleh UMNO di Alor Setar, di Bagan Datok, di Seremban, Batu Pahat dan juga Melaka untuk menunjuk sokongan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamed dan mengecam Raja-raja Melayu secara terbuka. Apakah ada laporan polis seperti dilakukan pada saya? Semunya pengecut..

Yang kesepuluh, saya ingin menyatakan bahawa Tengku Razaleigh Hamzah (wakil rakyat Umno) secara sinis ada menyatakan mana satukah yang lebih merbahaya sama ada pindaan 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat kepada Sultan Perak pada 6 hari bulan dua tahun 2009.


Tengku Razaleigh tidak bersetuju dengan tindakan Yang Berhormat Karpal Singh untuk menyaman Sultan Perak tetapi beliau menyatakan Karpal membuat satu perkara yang dibenarkan oleh Perlembagaan dan pemimpin UMNO yang memberikan laluan pada tahun 1993. Dan ini disiarkan oleh akhbar The Star pada 17 Februari 2009. Tiba-tiba hari ini, tiba-tiba waktu ini setelah begitu banyak penderhakaan dan kurang ajar, kebiadaban yang dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional, hari ini UMNO pula yang menjerit marah kepada kita dan juga kepada peguam Karpal kononnya menderhaka kepada sultan. Lidah bercabang betul UMNO / BN ni…
SIRI 7

Perkara yang ke sebelas – peristiwa pertabalan Tengku lbrahim Petra untuk menggantikan Sultan lsmail Petra pada 29 April 1993 di Ketereh, Kelantan oleh Dato' Anuar Musa. Keadaan ini cukup memalukan dan apakah ini boleh kita tidak istilahkan sebagai kurang ajar ataupun derhaka? Kerana budaya ini sesuatu yang tidak pernah dilaksanakan sebelum ini tetapi apabila mereka (UMNO) ini melihat kuasa-kuasa mereka sudah semakin terhakis maka mereka sanggup untuk melantik sultan yang baru walhal sultan yang hidup itu masih bertakhta. B..

Perkara yang kedua belas - Kenyataan biadab Shahidan Kassim (bekas Menteri Besar Perlis) mengatakan sultan Kelantan sekarang ini tidak layak menduduki takhta kerana dia mempunyai bukti dan ini dikeluarkan dalam akhbar Berita Harian pada 11 Jun 1993.

Perkara yang ketiga belas - yang ini saya tidak mahu sebut sangat tetapi saya terpaksa menyebut tentang penderhakaan dan perkara yang mengakibatkan raja-raja Melayu terguris terutamanya di Selangor. Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Mohamad bin Hj. Mohd Taib yang selebihnya fikirkan sendiri apa yang dilakukan oleh pemimpin UMNO ini… (ketawa.. )

Perkara yang keempat belas - yang disebut oleh Y.B. Bukit Antarabangsa yang disebut oleh Y.B. Hulu Kelang tadi 23 daripada 24 ADUN Barisan Nasional Terengganu ugut untuk memboikot angkat sumpah Dato' Ahmad Said selepas Pilihan raya Umum tahun 2008. Mereka membuat kenyataan terbuka menyanggah pihak istana dan mahu ldris Jusoh dikekalkan sebagai Menteri Besar Terengganu. Manakala penyokong UMNO pula mengatakan secara terbuka dgn menulis di bunting, menulis di banner yang dipegang oleh pemimpin-pemimpin UMNO dengan tulisan yang ditulis dengan perkataan ‘Kami nok Deris lah, natang”.. @ bermaksud binatang. Kenapa waktu itu polis tidak tangkap, cari mereka? Saya Ketua Polis Selangor menyebut ada 25 laporan polis sebab itu kena siasat. Hishamuddin (Menteri Dalam Negeri) sebut apabila lebih daripada 20 laporan polis dibuat ke atas saya oleh NGO-NGO yang kononnya tidak ada hubung kait dengan UMNO dan Barisan Nasional maka polis terpaksa mengambil tindakan. Dan tindakan ini dilakukan oleh pendokong-pendokong UMNO. Rata-ratanya daripada pendokong-pendokong PERKASA ataupun GAPS yang adalah ahli UMNO. GAPS ini adalah sebuah perlubuhan yang saya gelarkan ia Gabungan Anggota Pemikiran Serabut (GAPS). Kenapa GAPS? Kenapa serabut? Sebab otak mereka ini sokmo bergegar… Sebab itu bila dia turun dia ikat otak dia itu dengan kain merah supaya otak itu tak bergegar. lnilah GAPS. Sebab apa begitu? Kerana fikiran ni serabut, sasau, sewel, sempit. Semua cukup, lengkap, pakej. Dan inilah dia orang yang jadi presiden GAPS ini.. Pertubuhan haram.. Dia ialah orang yang menjadi Setiausaha UMNO di Kapar.

Y.B. Sementa ada dekat sini boleh membuktikan. lni Setiausaha UMNO! Bukankah orang politik? ke apa bendanya? NGO apa benda ini? Dan ini juga “sahabat” saya yang pernah lari daripada medan perjuangan di Sarawak. Waktu pilihan Raya Umum Tahun 2001. Dikejar oleh samseng-samseng yang diupah oleh Barisan Nasional. Di Sarawak tak ada UMNO !!? PPB, Parti Bumiputra Bersatu.. PBB ya, Parti Petaka Bersatu..(ketawa) Apa jugalah gelaran tapi masuk Barisan Nasional akhirnya. Dia lari meninggalkan tempat bilik gerakan lintang pukang hilang kemana.. lnilah dianya, hari ini muncul orang pengecut ini kononnya nak menjadi jaguh kepada GAPS. Saya nasihatkan beliau belajar untuk sebut perkataan 'r' betul-betul dulu baru ‘lead’ GAPS..

Perkara yang ke enam belas - Tan Sri Rahim Thambi Chik sewaktu menjadi Ketua Menteri Melaka meminta supaya amalan penggunaan ganti nama yang disebut 'patik' yang digunakan sewaktu berkomunikasi dengan sultan-sultan dihentikan. Memadai dengan hanya mengatakan 'saya tuanku'. Dan ini dikeluarkan di akhbar Berita Harian pada 3 Februari 1993. lni ungkapan yang biadab dan derhaka kepada raja-raja Melayu. Siapa yang keluarkan? Pemimpin-pemimpin UMNO derhaka..

Yang ketujuh belas - Dato' Zahid Hamidi ketika menjadi Ketua Pemuda UMNO mencabar supaya Sultan Kelantan, Sultan lsmail Petra turun takhta kerana beliau bukan waris yang sah dan ini dikeluarkan dalam akhbar Berita Harian pada 11 Februari 1993. lnilah sikap biadab yang ditunjukkan oleh menteri-menteri UMNO pada hari ini yang terlalu suka untuk campur tangan dalam soal pelantikan dan juga budi bicara kuasa raja-raja Melayu. Sebenarnya YB. Puan Timbalan Speaker dan ahli-ahli yang berhormat sekalian kalau saya nak baca dua jam baru habis (kalau saya nak baca). Saya malas nak baca. Sebab apa? Seluruh dunia tahu UMNO ni kaki putar alam, kaki pembelit, kaki pembohong dan pengampu. Jadi, kalau kita sebut pun hari ini berjam-jam pun memang itu kenyataannya.

Saya nak hentikan dekat situ. Saya ingin sambungkan balik ucapan Rang Undang-Undang saya. Kita juga bukanlah seperti rakyat yang berjiwa raja seperti mantan Menteri Besar Selangor daripada Sungai Panjang yang hidup dalam 'mahligai Bali' atau seperti Rosmah Mansor yang mendabik dada sebagai 'wanita pertama di Malaysia' sedangkan gelaran itu selayaknya adalah untuk Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Mungkin sudah terbiasa menukar suami. Rosmah terkeliru suaminya sekarang ini hanyalah ketua kerajaan bukan ketua bagi negara ini.

sedutan petikan DUN SRI MUDA

No comments:

Post a Comment