Tuesday, May 29, 2012

kenapa perlu memilih engineer?


AMARAN: Artikel ini bakal mengubah pendirian hidup anda dalam sekelip mata dan sekaligus akan menyebabkan anda berfikir 50 kali untuk mencari pasangan hidup yang ideal.Selain itu, artikel ini juga bakal mengundang rasa tidak puas hati dan marah dalam diri anda.Hanya orang yang betul-betul berani sahaja digalakkan membaca artikel ini.Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui kelebihan menjadikan seorang Engineer sebagai pasangan hidup anda.



 Mengapa anda kaum perempuan perlu berkahwin dengan seorang Jurutera@Engineer berbanding graduan dari bidang Undang-Undang, Pentadbiran, Seni atau Perubatan?Disini terdapat 3 fakta kukuh yang menyokong pernyataan tersebut.


1-Kehidupan yang lebih terjamin
Seorang engineer bakal menyediakan kehidupan yang terjamin kepada anda.Pada umur 27 tahun, seorang jurutera mungkin sudah mempunyai pekerjaan yang terhormat, stabil dan mempunyai pendapatan yang tinggi untuk memiliki kereta , melabur, kehidupan yang selesa, berkahwin dan juga membeli sebuah rumah.
Manakala
-Lulusan undang-undang masih bekerja sebagai apprentice di firma-firma guaman
-Sebahagian lulusan pentadbiran baru sahaja gagal dalam rancangan perniagaan mereka yang pertama
-Lulusan seni masih mencari pekerjaan
-Lulusan sekolah perubatan masih menjadi doktor pelatih di hospital-hospital

2-Kegigihan yang tinggi
Seorang teman lelaki yang bergelar engineer akan memperuntukkan jumlah masa dan usaha yang tidak terjangkau banyaknya untuk memahami anda.Ini kerana seorang engineer sangat bekerja keras untuk memahami pekerjaan mereka.Semestinya mereka akan berusaha keras untuk memahami diri anda juga seperti memahami pekerjaan mereka jika mereka percaya anda-adalah satu-satunya insan yang istimewa dalam hidup mereka.Jika mereka tidak memahami diri anda pada mulanya, mereka akan terus berusaha.Jika mereka masih tidak faham, mereka akan mencari kaedah yang tepat untuk membuatkan anda gembira.Sebagai contoh (membeli cincin berlian=satu minggu kebahagian).Jika mereka telah menemui formula rahsia tersebut, mereka akan terus mengulanginya hingga menepati hasil yang dikehendaki.
Berbeza dengan
-peguam yang akan sentiasa berdebat dengan anda
-graduan pengurusan yang akan mengawal perbelanjaan anda
-graduan seni yang akan mengubah penampilan anda
-graduan perubatan yang akan menjadikan anda seperti nurse di hospital

Sangat mudah untuk engineer menjadikan anda satu-satunya insan yang mereka sayangi dalam hidup mereka umpama anda salah satu daripada projek mereka dan mereka akan tersangkut pada anda selamanya.

3-Seorang teman lelaki yang bergelar Engineer tidak akan mengkhianati kepercayaan ana
Buktinya
-para peguam mungkin akan berbohong kepada anda
-seorang graduan pentadbiran mungkin akan menipu wang anda
-seorang graduan seni adalah seorang penggoda
-seorang doktor mungkin hanya melihat anda seperti seorang mayat

Teman lelaki bergelar engineer terlalu sibuk untuk mempunyai hubungan istimewa lain dan jika ada, mereka akan terlalu bodoh untuk berbohong kepada anda.Oleh itu, seorang engineer ialah the most secure boyfriend yang anda pernah temui,cukup kaya dan akan tetap mencuba untuk memahami dan menyenangkan anda, tiada masa untuk mempunyai hubungan istimewa lain dan terlalu bodoh untuk berbohong.mereka juga sangat cool dan comel berbanding orang lain.

Sumber Asal.Diterjemah dan ditokok tambah oleh AMARUL FIQRI.

me:Artikel ini hanya gurauan semata-mata.tiada kena mengena antara yang hidup ataupun mati.Sape nak kahwin dengan saya?saya bakal engineer insyaAllah ;)

One Direction Profile

Name: Harry Edward Styles
Birthday: February, 1st
Age: 17
Height: 5’10” (178cm)
Sign: Aquarius


Name: Liam James Payne
Birthday: August, 29th
Age: 17
Height: 5’10” (178cm)
Sign: Virgo


 Name: Louis William Tomlinson
Birthday: December, 24th
Age: 19
Height: 5’9” (175cm)
Sign: Capricorn

Name: Niall James Horan
Birthday: September, 13th
Age: 17
Height: 5’7” (171 cm)
Sign: Virgo


Name: Zayn Jawaad Malik
Birthday: January, 12th
Age: 18
Height: 5’9” (175cm)
Sign: Capricorn


Monday, May 21, 2012

JIKA


Jika kamu menyukai seseorang,usahlah kau pamerkan kasih sayangmu,
kelak kamu akan kecewa...

Jika kamu meminati seseorang, usahlah menunjukkan kepada si dia,
kelak kamu akan derita...

Jika kamu berkenankan seseorang, usahlah kau luahkan pada si dia,
sebaliknya luahkanlah hanya pada Dia...

Jika kamu memang benar-benar tergila-gilakan seseorang,
marilah meminta daripada Allah S.W.T, kerana Dia Maha Mendengar....

Jika benar cinta kamu kepada seseorang itu kerana Allah S.W.T,
siapa tahu Dia menggerakkan hati kamu berdua & menjOdOhkan kalian didunia serta disyurga....

Sunday, May 6, 2012

AMALINA HAKIMAH ANUAR

setelah lama hati ini DITINGGALKAN kosong,kini ia mula dipenuhi dengan perlahan-lahan,ini yg dimaksudkan dengan 'cool' tu kot yg saya sendiri tak faham.sekali lagi,facebook menjadi punca perkenalan.daripada kawan sampailah kepada teman tapi mesra. Perkenalan kami mengambil masa yg agak lama.mungkin lebih dari setahun sy menunggu untuk si dia bagi feedback. tapi time tu sy sudah berpunya, niatkat hati nak buat jd kawan.then cinta lama pergi korea.cinta baru ditagih berada di Nilai. lately, barulah dia baru respond yg quit okay. Ada org cakap, benda yg susah untuk kita dapat, kita pasti menghargainya.sangatlah setuju. Bagi saya benda yang susah kita miliki pastinya juga susah untuk kita jaga. Entry "DOA BUAT KITA" sebelum ni jelas menggambarkan mcm mne perasaan sy kat awak. 


1st may 2012: cari jubah which is in the lynn wishlist with amirul.then pergi USIM nak bagi jubah through nina and fad(adik adik saya) dngn talib.tak jadi kluar dngn adik adik sbb kami smpai lewat.sorry!


1st to 4th may 2012: propaganda nina and fad. berlakon tapi tak jadi.haha.


4th may 2012: here we go!!! MCD nilai, my sticky notes had gave to AMALINA HAKIMAH. penuh drama. saya dngn talin(edward cullen) menyamar.tp tu pun tak jd sbb dia da rasa ktorang ada dkt MCD tu.ktorang lama gila dkt MCD ni sbb adik adik tlg approach utk abg,whats a nice adik adik.


5th may 2012: (awal pagi).just after kwn kwn dia prank dia,saya dngn talib smpai..tmpt yg sma time jmpa fad and nina.rasa diri ni mcm artis wohh.flash sana sini.haha.siap dengan press conference. dipengerusikan oleh talib dngn nina.hahaha.


5th may 2012: (7.30am) pegi usim balik sbb ada futsal tournament.tade rezeki,ktorang tak layak ke quarter final.sempat lunch dngn AMALINA HAKIMAH and nina time rehat :) 


5th may 2012: (10.30pm) after floorball match, call si dia.sekali lagi benda yg sy tak jangka yg sy akan buat.i ask her a 'question',tapi dia nak jwb later.eh bakal gf sy pun sweet lah! sy dpt sticky notes dia!




*tak semua saya ceritakan disini,biarlah yg lain jadi rahsia antara kami.saya letakkan sedikit kenangan kami disini supaya ENTRY ini menjadi salah satu saksi kami. DOAKAN kami yg terbaik.

DANKE SCHON :



NINA,FAD,EDWARD CULLEN,AMIRUL(miiyooui),HANG TUAH,AMAL,MAK,MAKLONG and yang lain lain.sorry tak sebut sebab tataw nama.

Tuesday, May 1, 2012

DOA BUAT KITA


Jika seseorang itu jodoh kita, dia tetap jodoh kita. Jika seseorang itu bukan jodoh kita, dia tetap bukan jodoh kita, walaupun apa pun yang kita lakukan, tidak ada gunanya memaksa diri mempertahankan. Dengan menyerahkan kepada ketentuan, lazimnya tuhan akan membuka jalan-jalan yang tidak pernah kita fikirkan.
Mempercayai takdir bukan bermaksud berputus asa. Frasa “putus asa” sepatutnya tidak wujud di dalam kamus hidup seorang mukmin. Kita tidak boleh berputus asa dalam mengharapkan rahmat Allah.
Perbanyakkan doa untuk kebaikkan. Sebarang usaha perlu dijalankan dengan kaedah yang betul. Ada sesetengah orang yang ditinggalkan kekasih atau suami lalu cuba mendapatkan semula dengan kaedah mengumpat, memfitnah dan memburukkan orang lain.
Sebaliknya, sekiranya mereka berhenti seketika untuk berdoa dan bermuhasabah diri serta menerima ketentuannya, lebih banyak manfaat dapat diperolehi. Salah satu daripadanya adalah ketenangan, selanjutnya adalah iman. 

ya Allah
hari ini aku memohon,hari ini aku menadah tgn
berdoa agar kau tetapkan jodohku
jika 'dia' jodohku ya Allah,maka kau jagalah batasan perhubungan antara kami
jauhkanlah kami dari segala fitnah dan dosa
peliharailah hubungan antara kami
biarkan aku menanti dia dgn kepastian
yakinkan aku bahawa dia milikku
dan yakinkan dia bahawa aku miliknya
kau jauhkanlah hati antara kami sepanjang tempoh perkenalan kami
ikatkanlah hati kami dgn ikatan doa,bukan ikatan cinta ya Allah

ak ingin mencintaiMu Ya Allah,dan semoga Engkau sentiasa mencintaiku,
ak ingin merinduiMu Ya Allah,dan semoga Engkau sentiasa merinduiku,
ak ingin mengasihiMu Ya Allah,dan semoga Engkau sentiasa mengasihiku..