Tuesday, May 1, 2012

DOA BUAT KITA


Jika seseorang itu jodoh kita, dia tetap jodoh kita. Jika seseorang itu bukan jodoh kita, dia tetap bukan jodoh kita, walaupun apa pun yang kita lakukan, tidak ada gunanya memaksa diri mempertahankan. Dengan menyerahkan kepada ketentuan, lazimnya tuhan akan membuka jalan-jalan yang tidak pernah kita fikirkan.
Mempercayai takdir bukan bermaksud berputus asa. Frasa “putus asa” sepatutnya tidak wujud di dalam kamus hidup seorang mukmin. Kita tidak boleh berputus asa dalam mengharapkan rahmat Allah.
Perbanyakkan doa untuk kebaikkan. Sebarang usaha perlu dijalankan dengan kaedah yang betul. Ada sesetengah orang yang ditinggalkan kekasih atau suami lalu cuba mendapatkan semula dengan kaedah mengumpat, memfitnah dan memburukkan orang lain.
Sebaliknya, sekiranya mereka berhenti seketika untuk berdoa dan bermuhasabah diri serta menerima ketentuannya, lebih banyak manfaat dapat diperolehi. Salah satu daripadanya adalah ketenangan, selanjutnya adalah iman. 

ya Allah
hari ini aku memohon,hari ini aku menadah tgn
berdoa agar kau tetapkan jodohku
jika 'dia' jodohku ya Allah,maka kau jagalah batasan perhubungan antara kami
jauhkanlah kami dari segala fitnah dan dosa
peliharailah hubungan antara kami
biarkan aku menanti dia dgn kepastian
yakinkan aku bahawa dia milikku
dan yakinkan dia bahawa aku miliknya
kau jauhkanlah hati antara kami sepanjang tempoh perkenalan kami
ikatkanlah hati kami dgn ikatan doa,bukan ikatan cinta ya Allah

ak ingin mencintaiMu Ya Allah,dan semoga Engkau sentiasa mencintaiku,
ak ingin merinduiMu Ya Allah,dan semoga Engkau sentiasa merinduiku,
ak ingin mengasihiMu Ya Allah,dan semoga Engkau sentiasa mengasihiku..

No comments:

Post a Comment