Sunday, November 17, 2013

Kahwin

Kahwin? pelbagai definisi yang bermain di minda setiap kaum Adam dan Hawa. Ada yang suka, senyum simpul dan tidak kurang juga yang terbeban. Kahwin atau nikah dari segi bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam. 

Permulaan kita semuanya sama iaitu daripada Adam dan Hawa ( Adam and Eve ) tidak kira warna kulit, kita semua berasal dari keturunan yang sama. Hebatnya cinta. Hebatnya kasih sayang. Hebatnya perkahwinan. Lalu melahirkan komposisi yang mendiami dunia yang matlamat hidupnya adalah menjadi KHALIFAH (surah Al-Baqarah) dan Beribadah (surah Azzariyat) kepada ALLAH. 

Sudah lumrah manusia yang ingin memiliki dan dimiliki, perkahwinan adalah matlamat setiap pasangan, kita hanya mampu merancang Allah jualah yang menentukan. Apa yang buat saya tergerak mahu menulis mengenai KAHWIN ini apabila sahabat sahabat ramai yang ingin membina BAITUL MUSLIM dalam masa terdekat ini tidak juga yang sudah merasai nikmat perkahwinan dan berbahagia. 

"Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair."

Maksud : Mudah-mudahan ALLAH memberkatkan bagi kamu berdua, dan Tuhan berkatkan atas kamu daripada langit,
dan moga-moga ALLAH himpunkan kamu sebagai suami isteri dalam kebajikan"
Disetiap filem Allayarham P.Ramlee, terselit pelbagai nilai yang patut dijadikan iktibar. Perkahwinan juga tidak terlepas, bagaimana masyarakat kita khususnya kaum Melayu yang menjadikan perkahwinan itu sesuatu yang berat dan susah. Antara dialog yang popular:

"Ini semua salah mak bapak kau, kalau mereka tak minta hantaran tinggi aku tak berhutang dengan ceti"


Dengan nilai hantarannya, itu belum lagi dikira kos jamuan, fotografi mahupun pelamin. Paling minima nilainya adalah RM30,000. Hantaran pula dikira melalui kelulusan si bunga, meningkat naik hantaran jika kelulusan akademik si bunga berada dalam range "Ijazah" hingga "Phd". 

Bukan untuk menidakkan adat mahupun kehendak orang tua, tetapi alam selepas WALIMATUL URUS itu yang perlu kita persiapkan. Biaya rumah, kereta dan jika rezeki cepat, biaya untuk anak yang bakal dilahirkan. Tambah tambah lagi sekarang barangan keperluan semakin mahal akibat kesilapan pengundi pada PRU lepas. Rasakanlah kalian! yang tidak mengundi pihak sana juga terkena tempiasnya.

Tiga perkara yang perlu disegerakan iaitu :
Sabda Rasulullah SAW, "Wahai Ali, ada tiga perkara janganlah di lewat-lewatkan, yang pertama : Solat apabila telah masuk waktunya, yang kedua : Jenazah apabila telah hadir dan yang ketiga : Anak dara apabila telah ada orang sekufu dengannya” iaitu sudah sampai waktu jodohnya.
Diantara kita pasti pernah mendengar " Syaitan akan menangis bila mana umat Nabi Muhammad kahwin awal". Kahwinlah jika sudah mampu. Mampu itu bukan hanya diukur melalui kewangan sahaja, malah mampu untuk membahagiakan pasangan. Jangan sempitkan definisi 'nafkah batin'. Buat pasangan bahagia juga salah satu daripadanya. 

Antara buku yang menjadi inspirasi ;)


Malam ini juga salah seorang idola saya dalam politik mahupun berpidato iaitu Cik Murnie Hidayah Anuar bakal kehilangan title CIK kerana bakal menjadi zaujah kepada of course lah suami dia. Selamat pengantin baru diucapkan. Semoga berbahagia hingga ke syurga :) 

Tidak lupa juga kepada sahabat saya di Aviation Australia  Fadhil Arshad yang bakal melangsungkan perkahwinan pada penggal cuti musim panas nanti. Ini hadiah aku buat kau Padil. Semoga menjadi suami yang soleh. 


 

No comments:

Post a Comment